6 Topik Mengenai Kefahaman Kewangan Yang Perlu Anda Tahu Dalam Usia Dua Puluhan



Tidak menyesalkah kamu kerana tiadai subjek mengenai Kefahaman Kewangan sewaktu di sekolah dulu? Ramai pelajar yang cemerlang dalam pelajaran tetapi menunjukkan petanda-petanda yang merisaukan apabila mereka masuk ke dunia-nyata. Terlalu ramai orang bertanya mengapa sekolah mengajar di pembezaan dan penyatuan (differentiation & integration) tetapi gagal mengajar kami cara untuk memfailkan cukai, dan bagaimana KDNK berguna. Senarai ini diilham dari buku “Second Chance – oleh Robert Kiyosaki” yang terkenal sebagai penulis buku “Rich Dad, Poor Dad” yang telah dijual berjuta kali.


1. Berjimat


Kita tidak dapat menekankan lebih penting lagi tentang pentingnya menyimpan wang, terutamanya ketika kita masih muda.


Banyak orang muda tersekat di antara menyimpan wang mereka untuk masa depan atau membelanjakannya sekarang. Mereka bimbang bahawa mereka akan kehilangan masa untuk menikmati usia muda jika terlalu banyak menumpukan pada simpanan tetapi kenyataannya adalah - masa terbaik untuk mula menyimpan wang adalah ketika anda masih muda kerana ketika muda akan ada lebih banyak masa dan tenaga untuk mereka untuk bekerja dan mendapat lagi wang tambahan. Pekerjaan sambilan atau gig sampingan akan sangat membantu jika ingin menambahkan kewangan.


Tetapi anda kena SELALU ingat bahawa menyimpan wang tidak bermaksud anda mesti menyimpannya di bank - kerana banyak anak muda lupa untuk mengambil kira Inflasi. Wang anda akan menyusut lebih masa kerana inflasi sehingga kena mencari cara lain yang terbaik untuk menumbuhkannya. Ini adalah sesuatu yang harus anda pertimbangkan.


2. Menggunakan Kredit


Orang menggunakan kredit untuk pelbagai kegunaan, tetapi mereka tidak memahami konsep apabila meminjam wang. Ini merupakan salah satu aspek megenai kefahaman kewangan yang patut dipelajari bila sudah mencapai umur dewasa. Undang-undang di negara telahpun ditubuhkan bagi memelihara orang seperti kita. Ini menyebabkan peminjam wang untuk menjadi kurang tegas dengan yuran dan syarat apabila mereka meminjamkan wang. Perkara ini MAMPU menolong peminjam, jikalau mereka memaham dengan arif tentang syarat yang diberikan.


Kad Kredit merupakan salah satu cara yang senang difahami oleh orang ramai, tetapi tidak banyak yang tahu cara ia berfungsi.


Anda perlu tahu tentang cara untuk bandingkan pilihan yang berlainan apabila mahu mencari kredit. Setengah syarikat mempunyai syarat-syarat yang berbeza. Contohnya: Kadar Bunga yang berlainan, Bayaran Lewat dan banyak lagi. Jika anda tidak memahami syarat tersebut, bagaimana anda mahu bandingkan pilihan anda? Dan juga, anda patut paham bagaimana dengan meminjam boleh mempengaruhi pembelian. Terdapat situasi dimana kos meminjam adalah munasabah (contohnya, membeli rumah menggunakan gadai janji) dan juga situasi dimana kos meminjam tidak masuk akal (contohnya, belanja lebih dari hutang kad kredit).


Semua orang mempunyai skor kredit, skor ini digunakan oleh peminjam wang untuk menilai risiko jika meminjamkan wang pada orang tersebut. Jika anda tahu faktor yang boleh mempengaruhi skor ini merupakan kelebihan buat anda.


3. Pelaburan Kewangan


Melaburkan wang, anda telah simpan adalah sebahagian daripada kefahaman kewangan yang tidak diketahui oleh banyak orang. Anda perlu memahami konsep risiko dan ganjaran daripada pelaburan.


Pelaburan yang “Selamat” biasanya memberi pulangan yang rendah, manakala pelaburan yang “Berisiko” memberi pulangan yang tinggi. Anda patut mengetahui tentang jenis pelabur berdasarkan toleransi risiko diri sendiri. Anda harus mengetahui kepelbagaian dan bagaimana meminimumkan risiko dari satu jenis pelaburan.


Salah satu cara untuk mempelbagaikan pelaburan ialah dengan cara geografi, iaitu dengan melaburkan wang dalam pelbagai jenis pelaburan – banyak negara telah memberi fokus hanya dalam satu faktor.


Terdapat juga kos untuk pelaburan. Ramai orang yang tidak merisaukan tentang cukai yang dibayar atas keuntungan daripada pelaburan. Dan ramai tidak perasan bagaimana komisen dan yuran boleh memperanguhi akaun anda lama masa janga-panjang, dengan memahami dua topic ini boleh menolong anda membuat keputusan yang lebih arif untuk memilih pelaburan.


Tetapi kena ingat bahawa emosi TIADA berkaitan dengan pelaburan. Psikologi (dan akal) menyatakan membuat keputusan berdasarkan emosi boleh menyebabkan anda membuat keputusan yang buruk.


Aspek literasi kewangan ini memerlukan anda memahami dari mana timbulnya berat sebelah dan bagaimana menghapusnya ketika melabur.


Salah satu perkara yang menimbulkan berat sebelah ialah dengan memilih syarikat yang anda biasa dengar. Sememangnya perkara itu akan terjadi apabila anda memahami cara bisnes itu berjalan, anda akan menjadi lebih berpengetahuan dan boleh menilai bagaimana bisnes itu beroperasi.

Tetapi anda perlu fikir dua kali jika ingin memilih bisnes atau pelaburan yang ramai orang memilih untuk pelaburan.


4. Membeli Barang dan Perkhidmatan


Ini mungkin kelihatan kelakar: Tetapi mengapa anda memerlukan kefahaman kewangan untuk dapat mengeluarkan wang? Dan jawapannya mudah; membuat pilihan perbelanjaan yang tepat.


Anda patut tahu hak anda sebagai pengguna, dan juga cara untuk menyelidik dan bandingkan produk. Kemahiran untuk menampak melalui kaedah tersorok pemasaran yang akan dipelajari dalam masa akan datang. Menurut anda, kenapa runcit biasanya membenarkan ansuran bulanan. Sebab dengan meminta anda membayar bulanan sebanyak RM150 nampak lebih meyakinkan daripada terus mengeluarkan RM1500 untuk bayaran sekali gus.


Peruncit boleh membuat lebih banyak keuntungan daripada faedah yang mereka dapat dari mengecas pelanggan, tetapi kami terlepas pandang kerana jumlahnya nampak sedikit sahaja. Ingatlah untuk selalu mengira jumlah kesuluruhan harga sebelum membuat apa-apa perbelanjaan.


Terdapat juga cara untuk menjimatkan duit daripada perbelanjaan. Atas budi baik platform atas talian, anda dapat membezakan harga barangan dan boleh memilih tawaran yang terbaik.


5. Menjana Pendapatan


Menjana pendapatan merupakan topik ekonomi daripada kefahaman kewangan. Anda memerlukan kefahaman asas ekonomi (biasanya penawaran dan permintaan) untuk memaham apa yang mengakibatkan kenaikkan dan penurunan gaji pekerja.


Lagi satu faktor ialah cukai. Dengan mengetahu apa itu cukai, anda wajib membayarnya, sebaik dengan memfailkan penyata cukai tahunan anda, ini merupakan aspek kewangan peribadi. Bak pepatah;


“Dalam dunia ini tidak ada apa yang pasti, kecuali kematian dan cukai” – Benjamin Franklin

Untuk membayar jumlah cukai yang optimum, anda harus dapat tahu membezakan jenis pendapatan: pendapatan aktif - gaji dari pekerjaan dan pendapatan pasif - sewa harta tanah, pendapatan pelaburan, dan lain lain.


6. Pelindungan dan Insurans


Insurans sangat penting, dan ia adalah topik yang berbeza bergantung pada tempat anda tinggal.


Anda harus mengetahui jenis insurans yang terdapat di pasaran, dan bagaimana ia berfungsi untuk anda. Contohnya, insurans kereta diperlukan secara sah di Malaysia. Tahap liputan yang anda perlukan bergantung pada NCB anda. Jenis insurans lain yang penting ialah insurans rumah, insurans perubatan, dan insurans hayat. Anda perlu dapat membaca cetakan halus (atau berunding dengan orang yang boleh) untuk memastikan anda mendapat liputan yang anda mahukan dan perlukan.


Jaminan lanjutan pada produk seperti kereta atau telefon pintar juga boleh dianggap sebagai "insurans". Seseorang yang celik dari segi kewangan akan dapat menilai jaminan - apa yang diliputi, bagaimana ia sesuai dengan keadaan peribadi mereka, berapa harganya dan memutuskan apakah kos jaminan yang diperpanjang itu berbaloi.


Satu perkara terakhir adalah memahami bagaimana insurans berfungsi; ini semua permainan nombor. Risiko lebih rendah bermaksud premium insurans lebih rendah. Selalunya ada perkara yang dapat anda kendalikan, seperti tabiat memandu dan pilihan kenderaan anda. Melakukan beberapa perubahan dapat menurunkan premium anda dengan besar. Terdapat beberapa perkara yang tidak dapat anda kendalikan. Contohnya: malangnya, jika anda mempunyai masalah kesihatan yang ketara, mungkin lebih sukar dan lebih mahal untuk memiliki insurans perubatan atau insurans hayat.


“Membeli insurans nyawa adalah seperti memperbaiki kebocoran di bumbung anda…. Semakin lama anda menunggu, semakin mahal.”

Sekiranya anda membaca ini dan anda mungkin sudah berusia lebih dari 20. Jangan kecewa jika anda tidak mengetahui semua perkara ini. Sekarang setelah anda memahami semua perkara yang perlu anda ketahui, anda boleh mula mengetahui lebih banyak perkara yang belum anda ketahui. Terdapat banyak sumber dalam talian untuk membantu anda memulakan, terutamanya di monest.biz. Kami bekerjasama dengan banyak ahli ekonomi dan peniaga dan kami terus mengemas kini setiap hari mengenai berita ekonomi dan cara untuk meningkatkan celik kewangan anda.


Sekiranya anda menganggap artikel ini bermanfaat, jadilah rakan yang baik dengan menyebarkannya di media sosial anda, supaya rakan, saudara atau saudari anda juga boleh menjadi celik dari segi kewangan.


Hanya dengan belajar, kita dapat memperbaiki diri dan hanya dengan berkongsi, kita akan berjaya.


Penterjemah | Areez Jufri | 24 September 2020

Monest Sdn Bhd - 1355833-W

Level 11, Boutique Office 1 (B-01-C)

Menara 2 (Pillar 11), KL Eco City,

Pantai Baru, Jalan Bangsar,

59200 Kuala Lumpur,

Malaysia.

Operation Hours

Monday - Friday : 0900 - 1800

      enquiry@monest.biz

0322826288

     

Stay in the loop

Get Money Magazine Newsletters delivered to your inbox

About us

Get Money Magazine Newsletters delivered to your inbox

Follow Us
  • Facebook
  • LinkedIn
  • Instagram

Copyright ©2020 MONEST SDN BHD. All Rights Reserved

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now