
1. Fleksibel
Apabila seseorang bekerja berdasarkan komisen, dia memiliki kemampuan untuk mengendalikan kewangannya, fleksibiliti pekerjaan itu membolehkan mereka untuk merancang dan memutuskan bagaimana mereka ingin menjalankan penjualan dalam masa yang senang dikendalikan.
Fleksibiliti ini bukan sahaja memberi mereka kelebihan untuk mengendalikan strategi penjualan mereka tetapi juga memberi mereka keuntungan menjual banyak produk dan bisnes-bisnes berlainan.
2. Pendapatan Tinggi
Dalam bidang penjualan, selalunya penjual akan mendapat mengaut komisen yang tinggi. Ini boleh menggalakkan orang untuk menjual dengan lebih banyak. Ini bermaksud, mereka mampu untuk menentukan berapa banyak untung yang mereka mahu dapat setiap bulan berbanding orang yang menerima gaji bulanan.
Lebih lagi, apabila terdapat kes dimana permintaan untuk produk meningkat, Jadi penjual mampu mendapat lebih banyak lagi wang daripada pelanggan dan juga komisen.
3. Kemahiran Menjual
Apabila seseorang mahu mencapai kejayaan di dalam bisnes mereka sendiri. Mereka harus memiliki kemahiran untuk menarik dan mempengaruhi pelanggan supaya pelanggan dapat menilai produk atau perkhidmatan yang disediakan adalah berkualiti.
Perkara yang sama boleh dikaitkan pada ejen komisen. Ini bermaksud, Jikalau lebih handal kemahiran ejen tersebut. Maka lebih awal kejayaan dapat dicapai.
Lagipun, apabila orang ada kemahiran yang sangat baik dalam penjualan, Jadi mereka akan mendapat jualan yang akan meningkat dan membuat lebih banyak wang.
4. Kebebasan
Kebebasan merupakan salah satu kelebihan bagi orang yang bekerja berdasarkan komisen. Kejayaan yang mahu dicapai oleh ejen komisen itu akan menjadi cepat dan mudah oleh sebab kebebasan waktu bekerja untuk ejen itu apabila mereka sendiri mahu mencapai kejayaan itu dengan awal.
5. Sikap Rajin Bekerja
Apabila terdapat kenaikkan dalam jualan, ejen tersebut juga akan sedar bahawa akan terdapat kenaikkan dalam pendapatan juga.
Ini boleh memberi motivasi kepada ejen itu untuk bekerja dengan lebih keras setiap hari dengan menyiapkan tugasan harian dan jualan harian. Kerana pada hujung hari, mereka yang akan mengaut keuntungan.
Juga di penghujung hari, ejen komisen akan menyedari tentang dengan bekerja dengan keras dapat mengembangkan kemahiran tepat dan ketepatan masa.
6. Freelancer
Seseorang boleh mendapat pekerjaan freelancer yang boleh mendapatkan banyak manfaat apabila mereka dapat memilih tugasan yang diberi mengikut keselesaan diri sendiri. Terdapat banyak tugasan berdasarkan komisen apabila sedang membuat kerja freelancing dimana mereka boleh duduk di rumah dan memilih apa-apa tugasan and menjana komisen berdasarkan peratus yang dipersetujui.
Kerja berdasarkan komisen tidak perlu mengikut arahan cara kerja yang diberi oleh freelancer, tetapi mereka boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk menambahkan produksi tanpa sebarang tekanan.
7. Faedah Elaun
Orang yang memilih pekerjaan berdasarkan komisen biasanya mendapat banyak faedah seperti elaun, insuran perubatan, komputer riba, telefon bimbit, minyak kereta, belanja makan, pembayaran balik tuisyen dan banyak lagi.
Syarikat atau majikan biasanya yang akan membayar orang yang bekerja berdasarkan komisen. Ini kerana 99% pendapatan mereka datang daripada pekerja.
Penterjemah | Areez Jufri | 28 September 2020