9 Petua Perdagangan Buat Anda


1. Jangan Paksa Trade


Sebagai pedagang, kami menghabiskan banyak masa untuk berusaha mengenal pasti perdagangan yang boleh berjalan sama ada mengikut hari, minggu, atau bulan, tetapi perkara penting untuk diingat ialah bahawa kita tidak boleh memaksa perdagangan untuk menjadi


Apabila anda terlalu fokus pada sesuatu yang mungkin akan terjadi, sangat mudah bagi otak kita untuk menipu kita sehingga mempercayai bahawa kita melihat apa yang kita mahu lihat walaupun kenyataannya lain.


Nasihat kami adalah untuk anda tenang dan mempercayai rancangan awal anda dan membiarkan pasar menunjukkan perubahannya, pasti akan ada perubahan dan kemudian akan ada banyak peluang yang dapat anda ramalkan, oleh itu sentiasa simpan keputusan anda untuk saat-saat tersebut.


2. Pilih Dagangan Dengan Betul


Terdapat banyak kaunter di pasaran saham, ada yang mudah untuk diperdagangkan tetapi tidak mendatangkan untung yang tinggi. Terdapat juga pasaran yang tidak menentu, yang memerlukan pengalaman yang tinggi dan memiliki kemahiran tertentu. Ini disebabkan peluang yang besar yang boleh mendatangkan untung yang tinggi.


Sebagai pedagang, inilah dilema yang kita terdedah pada. Pedagang yang bagus akan selalu mencari keseimbangan yang betul antara keuntungan dan risiko. Perdagangan yang tenang dan juga yang boleh merosakkan.


Tapi ini bukan bermaksud sebagai pedagang, anda perlu masuk kaunter dan berdagang pada setiap hari. Ambil masa untuk mencari kekuatan dan kelemahan anda dan pilihlah perdagangan yang sesuai untuk diri anda.


3. Berhenti Menonton terlalu Banyak Berita


Selalu ingat untuk berpegang pada rancangan anda apabila telah memulakan perdagangan. Anda perlu belajar cara untuk membiarkan dagangan anda berjalan dengan sendiri. Dan anda juga kena belajar cara untuk menahan diri daripada membuat pengeluaran apabila dalam jangka yang pendek, anda telah membuat keuntungan sedikit atau kehilangan.

Disebabkan inilah mengapa Saya tidak pernah menghiraukan berita, dan di dalam minda Saya. Perkara ini memberi pembezaan yang besar.


Apabila Saya beri perhatian apabila menonton berita, Saya menjadi lebih neurotik, ragu-ragu, dan kurang selesa. Saya menjadi obsesif dan berorientasikan hasil, yang menyebabkan Saya berikan fokus pada pilihan Saya.


Ada juga peristiwa di mana perubahan semalaman dapat menimbulkan jurang besar yang boleh merugikan perdagangan saya, tetapi ia jarang berlaku dan di sebahagian kes, ia boleh memihak kepada saya.


4. Fokus Pada Kaedah dan Analisis Sendiri


Jadi, berita merupakan sejenis gangguan. Kami telah membuktikannya, tetapi bagaimana dengan pedagang yang mungkin anda ikuti di media sosial? Mereka berkongsi pandangan berharga tentang pasaran, bukan?


Inilah masalahnya: Banyak gaya, kaedah, dan analisis menunjukkan bahawa tidak ada satu sahaja cara. Oleh itu, setiap orang mempunyai perspektif yang unik untuk ditawarkan.

Sikap keterbukaan terhadap pendekatan yang pelbagai dan kesediaan untuk belajar dari perspektif yang berbeza hanya dapat membantu menambahkan pemahaman anda sendiri. Tetapi masalahnya adalah anda tidak boleh membiarkan pendapat yang berlainan itu menentukan keputusan yang harus anda ambil ketika berkaitan dengan perdagangan yang anda buat atau rencanakan untuk anda ambil.


Setiap masa, anda mesti mengutamakan rancangan dan kaedah anda sendiri daripada yang lain. Tidak kira berapa mahir kepakaran yang dimiliki oleh pakar perdagangan. Sekiranya anda ingin mempertimbangkan sudut pandang mereka dan mengubah kaedah anda, maka lakukanlah ketika pasar ditutup dan ketika anda tidak mempunyai perdagangan yang berjalan.


Tetapi jangan hanya memandang rendah pada nilai muka diwaktu dalam situasi itu.


5. Jangan Teragak-Agak Untuk Memilih Perdagangan.


Anda tidak belajar bermain gitar dalam 2-3 bulan dari permainan sporadis sahaja. Tidak, anda mengembangkan kemahiran dari masa ke masa, melalui latihan yang konsisten.

Sama juga dengan perdagangan. Jikalau anda ingin mengembangkan kemahiran dan menjadi lebih handal mengendalikan perdagangan, anda perlu berdagang dengan lebih kerap. Atas alasan ini, pedagang harian biasanya mempelajari lebih laju berbanding dengan pedagang swing. Kerana pedagang harian membuat perdagangan lebih kerap.


Tetapi ini bukan bermaksud pedagang harian membuat lebih untung ataupun lebih senang. Maksudnya ialah “ ia memakan masa yang lama untuk menjadi pedagang yang handal”

Walaupun ia memakan masa yang lama, tetapi dengan berlatih ia membuatnya lebih senang, memang susah untuk belajar jikalau terdapat jangka masa yang panjang antara perdagangan, Jadi jangan takut untuk masih lagi berdagang. Cuba untuk mengawal kadar risiko anda dan terbuka untuk belajar dari apa yang akan terjadi.


Apa sahaja arah yang anda pertaruhkan, jika anda berniaga ketika risiko vs ganjarannya bagus dan kebarangkalian berjaya memihak kepada anda bermaksud anda melakukannya dengan betul.


6. Jaga Akaun Anda


Jangan takut pada kerugian. Tetapi pastikan jumlahnya sedikit dan mudah diuruskan supaya anda tidak terkeluar dari dunia perdagangan. Jika anda tidak pernah kerugian, anda tidak menambahkan ilmu, menjadi lebih kental dan tidak berani untuk melepasi batas anda. Tetapi anda hanya akan menutup diri dari peluang untuk keuntungan di masa depan pasaran. Jadi anda perlu pastikan, anda mampu mengurus risiko anda dengan baik.


Sebagai peraturan, ukuran anda tidak boleh terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Cuba dapatkan keseimbangan yang tepat, tempat di mana kerugian tidak mempunyai kekuatan untuk mengecewakan anda pada tahap emosi, namun, di mana keuntungan masih bermakna. Sekiranya anda dapat berdagang dalam zon itu, keajaiban akan berlaku.


7. Jangan Terlalu Risau


Jangan jadi terlalu risau tentang meraut keuntungan harian/mingguan/bulanan. Dengan buat demikian, anda sedang menimbulkan perasaan tekanan. Terima sahaja apa yang diberi pasaran dan lihatlah apa akan terjadi.

Perdagangan semudah atau susah yang difikirkan anda:


  • Jangan menaruh harapan yang tinggi pada analisis anda

  • Fokus untuk sambung perdagangan

  • Mengambil dagangan yang potensi risikonya lebih rendah berbanding untung

  • Fikir untuk masa depan

Itulah rahsianya.


8. Nikmati Pembelajaran Perdagangan


Setengah orang dapat menangkap cara untuk perdagangan dan ada setengah yang terus mendapat keuntungan yang besar. Dan ada juga yang baru memasuk dunia perdagangan dan membuat kerugian yang besar, tetapi dapat membuat kembali untung. Dan sebaliknya dimana orang membuat untung besar kemudian menjadi rugi.


Ingat anda bukan di belakang, atau di belakang. Anda tidak terlalu lambat ataupun anda terlalu awal. Anda berada di mana anda berada. Iaitu tepat pada masanya.


9. Jaga Diri Anda


Dalam perdagangan cara pemikiran merupakan perkara yang terpenting dan selalu dilepas pandang.


  • Perdagangan merupakan suasana yang menenangkan minda

  • Luangkan masa bersama orang yang memberi inspirasi pada anda

  • Baca buku yang boleh mengembangkan minda anda

  • Makan dan minum yang sihat

  • Tidur mencukupi

  • Bersenam

Semua perkara ini akan memberi kesan positif kepada kemampuan anda untuk membuat keputusan yang jelas dan rasional dalam menghadapi ketidakpastian dengan membangunkan keadaan minda positif. Lihatlah semua perkara dengan positif dalam setiap keadaan. Ia akan menjadi alasan untuk rasa gembira.


Jangan sekali-kali mengambil masa untuk merayai kemenangan jikalau baru sahaja untung. Air pasang akan berubah. Sentiasa bersedia untuknya.

Bertindak secara sedar dan konsisten dan lakukan yang terbaik untuk tidak jatuh ke dalam corak lama anda.


Tabiat dan tingkah laku yang teruk selalu cuba menyelinap kembali dalam senyap apabila anda mula hilang focus.

Sentiasa kekal fokus.


Penterjemah | Areez Jufri | 28 September 2020


Monest Sdn Bhd - 1355833-W

Level 11, Boutique Office 1 (B-01-C)

Menara 2 (Pillar 11), KL Eco City,

Pantai Baru, Jalan Bangsar,

59200 Kuala Lumpur,

Malaysia.

Operation Hours

Monday - Friday : 0900 - 1800

      enquiry@monest.biz

0322826288

     

Stay in the loop

Get Money Magazine Newsletters delivered to your inbox

About us

Get Money Magazine Newsletters delivered to your inbox

Follow Us
  • Facebook
  • LinkedIn
  • Instagram

Copyright ©2020 MONEST SDN BHD. All Rights Reserved

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now