Adakah Wabak Covid-19 Sudah Berakhir Di Malaysia?



Sekarang merupakan musim kembali ke sekolah dan jumlah nombor kes Covid-19 makin berkurangan hingga ke 4 orang sahaja di hari semalam. Atas usaha Kementerian Kesihatan dan juga pekerja barisan hadapan. Tanpa mereka, kejayaan ini tidak mungkin wujud. Jikalau dibandingkan bersama negara jiran yang masih lagi bergelut untuk menampung jumlah kes di negara mereka.


Walaupun jumlah kes dilaporkan makin berkurangan, para pakar meramalkan gelombang kedua akan melanda pada bulan November dan jika anda pernah membaca mengenai Selesema Sepanyol yang telah berlaku lebih dari satu abad yang lalu - gelombang kedua jauh lebih teruk daripada apa yang kita alami kebelakangan ini. Untuk menjangkakan gelombang kedua, syarikat-syarikat besar dan korporat sudah bersiap sedia, biarlah ia berfungsi dengan cara membenarkan pekerja untuk bekerja di rumah atau berhentikan pekerja-pekerja, mereka menyedari akan situasi dan mereka bersiap sedia untuk menghadapi yang terburuk.


Apa akan terjadi pada orang awam? Ramai orang telahpun kehilangan kerja dan sekarang menyara diri melalui dana dari kerajaan. Jumlah orang yang tidak akan bekerja akan meningkat dengan tingginya dari 6% ke 8%. Kami berpendapat industri yang akan terkena teruk ialah seperti pelancongan, hiburan dan juga pembinaan.


Jikalau ianya makin teruk, apa maksudnya untuk orang kelas pekerja biasa? Bagaimana mereka mahu sara diri tanpa kerja? Kami pasti bukan kami sahaja yang mempunyai soalan ini di minda.


Ekonomi dunia masih menderita, tetapi ia juga telah memberi peluang untuk orang ramai. Betul, anda baca itu dengan betul. Diwaktu pandemik ini, dua orang warganegara Malaysia telah berjaya memasuki senarai jutawan di negara ini. Terdapat beberapa orang yang meraut keuntungan dengan melaburkan duit ke dalam syarikat seperti Top Gloves, 3M dan lain-lain.


Apa yang kami boleh nampak di tahun akan datang ialah kemunculan bisnes-bisnes berdasarkan dalam talian atau online, kami juga boleh meramalkan kenaikkan dalam pelaburan pasaran asing, ini disebabkan Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga siling untuk pelaburan ke RM50000. Sebahagian jumlah besar wang juga disediakan untuk Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi untuk membangunkan Fin-Tech yang membolehkan orang ramai mengurus perniagaan dan perkhidmatan kepada pelanggan yang lebih ramai dengan menggunakan internet.


Kerajaan berusaha sedaya upaya untuk memberikan pertolongan kepada rakyat untuk mendapat manfaat daripada situasi yang sedang kita hadapi. Apa yang dapat kita lakukan untuk diri kita adalah untuk menjadi lebih peka dengan berita terkini, terus mengetahui perkembangan ekonomi dan berusaha mencari jalan untuk menjana wang dan mengembangkan kekayaan kita pada masa yang sama.


Hubungi penasihat kewangan peribadi anda, berhati-hati ketika anda dihubungi dengan rancangan perniagaan dan jadi lebih aktif melakukan penyelidikan untuk memahami produk. Tidak akan pernah ada pelaburan dengan 0% risiko , jadi anda selalu kena mengetahui tentang cara-cara mengurangkan risiko. Itu sajalah cara untuk selamat daripada krisis ini.


Tujuan kami adalah untuk mewujudkan sebuah komuniti yang mendapat maklumat baik mengenai ekonomi daripada memberi mereka ketakutan dan mengubahnya menjadi pelanggan. Kami berusaha sedaya upaya untuk membantu sesama rakyat Malaysia memahami cara menjana wang dan mewujudkan kestabilan yang lebih baik tanpa hanya bergantung kepada gaji sahaja.


Penterjemah | Areez Jufri | 22 September 2020

Monest Sdn Bhd - 1355833-W

Level 11, Boutique Office 1 (B-01-C)

Menara 2 (Pillar 11), KL Eco City,

Pantai Baru, Jalan Bangsar,

59200 Kuala Lumpur,

Malaysia.

Operation Hours

Monday - Friday : 0900 - 1800

      enquiry@monest.biz

0322826288

     

Stay in the loop

Get Money Magazine Newsletters delivered to your inbox

About us

Get Money Magazine Newsletters delivered to your inbox

Follow Us
  • Facebook
  • LinkedIn
  • Instagram

Copyright ©2020 MONEST SDN BHD. All Rights Reserved

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now