Bank Negara Malaysia Membuat Potongan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate) Lagi?



Sejak Januari 2020 Bank Negara Malaysia secara beransur-ansur mengurangkan OPR dari 3.00 hingga 1.75% dan kami menjangkakan mereka akan terus menurun kerana negara masih lagi cuba untuk mengembangkan KDNK yang telahpun turun 28.6% (April) sehingga menjadi 3.2% (Jun).


Walaupun jumlahnya menunjukkan tanda-tanda pemulihan, kita masih berada di tengah-tengah krisis ekonomi global. Terdapat industri tertentu seperti Pelancongan dan Penerbangan yang masih bergelut teruk untuk beroperasi tetapi janji penemuan vaksin buat wabak Covid-19 membuat mereka tetap bertahan.Tetapi banyak syarikat telah memberhentikan pekerja kerana wabak tersebut dan banyak lagi syarikat yang memotong gaji dan sedang berharap segalanya dapat pulih segera.


Sekiranya anda menyimpan wang anda di dalam bank, faedah yang dibayar adalah paling rendah dan pelaburan seperti simpanan tetap diharapkan dapat memberikan pulangan yang sangat minimum. Bank boleh memberikan pinjaman 10 ringgit untuk setiap 1 ringgit yang telah anda simpan dengan perkhidmatan mereka. Tetapi pada ketika ini pulangan pelaburan dengan bank tidak menarik perhatian.


Banyak individu telah memulakan pelaburan di pasaran saham ketika Bursa Malaysia mengesahkan bahawa kadar pembukaan akaun CDS telah meningkat secara mendadak dalam tempoh MCO. Betul, melabur dalam saham pada masa ini adalah salah satu pelaburan terbaik yang dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja tetapi perlu diingat bahawa terdapat juga faktor risiko di dalamnya.


Warren Buffett pernah memetik sesuatu pepatah “Jangan sesekali meletak semua telur di dalam satu bakul” yang membawa maksud seseorang harus jangan meletak semua sumber di satu kawasan yang boleh membawa risiko kehilangan segalanya. Kenalah ingat bahawa, pelaburan sentiasa mempunyai risiko. Jadi, kepelbagaian jenis pelaburan adalah salah satu faktor penting yang perlu kita pertimbangkan sebelum kita membuat sebarang keputusan kewangan.


Krisis memiliki dua maksud – iaitu kebahayaan dan peluang. Penemuan untuk vaksin Covid-19 telahpun mencapai peringkat akhir – penyelidik dari Rusia yang pertama mengatakan merek telahpun jumpa vaksin buat wabak Covid-19 dan sedang melakukan ujian vaksin itu kepada manusia. Dan banyak lagi farmaseutikal mengikut sekali dengan hampir menjumpa vaksin Covid-19.


Dengan penemuan vaksin ini, bolehkah kita mengharapkan ekonomi kembali seperti asal? Kami di Monest meragukan perkara itu, walaupun vaksin yang ditemu sudah sampai di peringkat akhir. Mungkin akan mengambil masa dalam setahun, baru mungkin ekonomi akan menjadi seperti biasa.


Perkara yang terbaik yang boleh dibuat sekarang adalah untuk mengawal duit anda, setiap ringgit yang dibelanjakan mesti digunakan dengan cermat dan mengelak perbelanjaan yang tidak penting.


Kami di Monest sangat berharap supaya jumlah kes Covid makin berkurangan dan ekonomi kami kembali ke asal setelah tamatnya tempoh RMCO.


Penterjemah | Areez Jufri | 24 September 2020

Monest Sdn Bhd - 1355833-W

Level 11, Boutique Office 1 (B-01-C)

Menara 2 (Pillar 11), KL Eco City,

Pantai Baru, Jalan Bangsar,

59200 Kuala Lumpur,

Malaysia.

Operation Hours

Monday - Friday : 0900 - 1800

      enquiry@monest.biz

0322826288

     

Stay in the loop

Get Money Magazine Newsletters delivered to your inbox

About us

Get Money Magazine Newsletters delivered to your inbox

Follow Us
  • Facebook
  • LinkedIn
  • Instagram

Copyright ©2020 MONEST SDN BHD. All Rights Reserved

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now