Cara Memilih Broker Yang Tepat



Dalam keadaan pandemik yang menakutkan ini, ekonomi dunia semakin kritikal dan tidak dapat diramalkan. Orang kehilangan pekerjaan dan juga kediaman mereka. Perniagaan terpaksa diberhentikan, syarikat besar terpaksa menjimatkan kos dengan membuat pekerja mereka bekerja dari rumah dan kerajaan berusaha sebaik mungkin untuk mencari jalan keluar untuk situasi ini.


Salah satu inisiatif yang diambil kerajaan ialah mereka membenarkan warganegara untuk membuat pelaburan sebanyak RM50000 untuk bisnes atarabangsa, perkara ini mengakibatkan banyak perjanjian antarabangsa dibuka di Malaysia.


Di antara pelaburan biasa adalah Perdaganan Derivatif dan Pasaran Saham dan masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri. Pasaran Saham diperdagangkan dengan bank-bank Pelaburan tempatan seperti Maybank Investment, Affin Investment dan lain-lain yang boleh dijangkau dan buka akaun CDS dengan mereka untuk memperdagangkan saham syarikat. Walau bagaimanapun, mengenai perdagangan derivatif terdapat lebih daripada 50 broker yang tersedia dan sangat penting bagi anda untuk memilih broker yang tepat.


Berikut merupakan beberapa perkara yang penting untuk dipertimbangkan semama memilih broker.


Keselamatan


Faktor terpenting ialah keselamatan – Broker harus memiliki keselamatan tahap tinggi. Ini disebabkan wang anda patut berada di tangan yang selamat apabila mengaut keuntungan yang tinggi. Memastikan mereka mesti boleh bayar semula.


Anda mesti sentiasa mendapat pemeriksaan kemampuan kredit broker dengan agensi pengawalseliaan dan di bawa ini adalah beberapa pengatur untuk maklumat anda:


United States: National Futures Association (NFA) and Commodity Futures Trading Commission (CFTC)

United Kingdom: Financial Conduct Authority (FCA) and Prudential Regulation Authority (PRA)

Australia: Australian Securities and Investment Commission (ASIC)

Switzerland: Swiss Federal Banking Commission (SFBC)

Germany: Bundesanstalt für Finanzdienstleistungsaufsicht (BaFIN)

France: Autorité des Marchés Financiers (AMF)

Canada: Investment Information Regulatory Organization of Canada (IIROC)


Kos Urus Niaga


Setiap Transaksi di platform mempunyai kos dan tidak dapat dielakkan ,jadi untuk memaksimumkan keuntungan, anda harus mencari broker yang memiliki harga yang paling berpatutan dan paling murah.


Bayaran biasanya untuk spread atau komisen dan kadangkala anda perlu mengeluarkan sedikit wang untuk berdagang dengan broker yang boleh dipercayai.

Maksudnya adalah untuk mencari keseimbangan yang betul antara keselamatan dan kos transaksi yang rendah.


Deposit dan Pengeluaran


Broker yang bagus selalu memastikan bahawa transaksi pengeluaran dan deposit berjalan dengan lancar. Biasanya ia akan mengambil masa dalam 1-3 hari bekerja, ini disebabkan oleh transaksi antarabangsa, itu sahaja yang merupakan masalah buat transaksi itu. – Broker yang bagus akan selalu memasitkan transaksi antara pelanggan dan mereka berjalan dengan lancar.


Platform Perdagangan


Ini adalah titik penting kerana kita akan selalu menggunakan platform perdagangan untuk membuat perdagangan kita dan platform itu semestinya lancar dan mesra pengguna.

Perkara yang perlu anda perhatikan adalah seberapa baik carta grafik mereka dan seberapa cepat gangguan carta grafik itu kerana kelewatan kecil di platform dapat menelan wang anda.


Perkhidmatan Pelanggan


Broker bukannya selalu sempurna, jadi ia sangat penting untuk memeriksa jika broker itu mempunyai perkhidmatan pelanggan yang baik. Dan periksalah kompetensi broker ketika menghadapi masalah berbanding dengan prestasi mereka.


Pastikan anda memeriksa dengan teliti mengenai broker sebelum anda memasukkan wang anda kerana terdapat banyak broker di luar sana tanpa cara yang tepat dan hanya memburu wang anda dan sedikit kelalaian dari diri anda boleh mengakibatkan wang anda ditelan.


Penterjemah | Areez Jufri | 23 September 2020

Monest Sdn Bhd - 1355833-W

Level 11, Boutique Office 1 (B-01-C)

Menara 2 (Pillar 11), KL Eco City,

Pantai Baru, Jalan Bangsar,

59200 Kuala Lumpur,

Malaysia.

Operation Hours

Monday - Friday : 0900 - 1800

      enquiry@monest.biz

0322826288

     

Stay in the loop

Get Money Magazine Newsletters delivered to your inbox

About us

Get Money Magazine Newsletters delivered to your inbox

Follow Us
  • Facebook
  • LinkedIn
  • Instagram

Copyright ©2020 MONEST SDN BHD. All Rights Reserved

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now