Kemahiran Dalam Pelaburan Memberi Kadar Bunga Yang Terbaik.



Kefahaman Kewangan – memiliki kemahiran dan pengetahuan mengenai masalah kewangan dengan yakin untuk mengambil tindakan berkesan yang memenuhi tujuan peribadi individual seperti keluarga dan komuniti global.


Ianya merupakan kemahiran dan kemampuan untuk menguruskan sumber-sumber kewangan dengan berkesan untuk menjadi senang yang membabitkan hal kewangan seumur hidup.


Tetapi, perkara ini bukannya senang. Ia memerlukan inisiatif perubahan tingkah laku janga-panjang, beberapa pendekatan berlainan dan juga melakukan apa-apa tindakan yang penting untuk nampak perubahan yang berlaku secara beransur-ansur.


Literasi Kewangan amat penting tidak mengira dari mana mana kumpulan umur anda berada. Sama ada anda baru sahaja mula sekolah menengah, kolej atau sedang merancang untuk memulakan sebuah keluarga ataupun sudah hampir bersara – Kemahiran dalam bidang kewangan mampu menolong sesiapapun mencapai matlamat.


Di dunia ini sekarang, membuat keputusan yang teliti dan tepat mengenai kewangan adalah faktor yang penting, dengan wujudnya beratus skim dan produk yang tersedia dan semuanya mampu untuk menjayakan perniagaan anda. Tetapi sekiranya anda tidak berhati-hati, anda mudah ditipu.


Ramai orang sekarang berasa risau akibat hal-hal kewangan dan mencari jawapan, malangnya tiada jaminan atau jawapan yang mudah untuk soalan ini, tetapi ada beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan untuk membantu anda mengatasi kerisauan kewangan. Contohnya;


  1. Selalu mengetahui sekerap mungkin mengenai status kewangan anda. Lagipun, tiada orang lain yang bertanggungjawab dengan keputusan dibuat diri sendiri melainkan orang yang membuat keputusan tersebut.

  2. Cuba cari institusi kewangan atau penasihat kewangan yang berpengetahuan, yang boleh dipercayai, dan siapa yang anda boleh berkerja dengan selesa. Mereka tidak boleh membuat segala keputusan untuk anda, tetapi mereka boleh tolong anda memahami perspektif dan situasi dan menolong anda menilai pilihan yang disediakan.

  3. Cuba kembangkan tabiat kewangan yang baik, dengan hanya memerhatikan bagaimana anda membelanjakan wang anda mungkin akan mendapat beberapa idea untuk menjimatkan lebih banyak dari masa ke masa, simpanan anda dapat membuat perbezaan besar dalam gaya hidup kewangan masa depan anda.

  4. Lakukan perkara yang mudah. Mula menabung lebih awal sewaktu berpendidikan tinggi, mendaftar untuk deposit langsung gaji anda, dan menggunakan beberapa bentuk rancangan simpanan automatik akan membantu anda mengumpulkan dana. Di samping itu, anda akan mengetahui bahawa tindakan yang diambil ialah positif.

  5. Cuba buat rancangan kewangan atau yang sama. Tidak semestinya rumit atau luas. Sebenarnya, anda mungkin ingin menguruskan satu bahagian kewangan anda pada satu masa, seperti melihat semua keperluan insurans anda. Memecahkan rancangan kewangan menjadi bahagian yang lebih kecil dan dapat dilaksanakan dapat membuatnya lebih mudah untuk dilancarkan.

  6. Kaji sumber yang boleh dipercayai. Pegawai bank atau penasihat kewangan yang mempunyai hubungan peribadi dengan anda merupakan orang yang terbaik untuk mula.

Dengan adanya kefahaman kewangan yang lebih baik merupakan faktor utama untuk membaik pulih kewangan. Tetapi ianya mesti disokong oleh faktor pelengkap yang lain.


Sekiranya individu menjadi lebih berpengetahuan dari segi kewangan, mereka lebih cenderung menyimpan dan mencabar penyedia perkhidmatan kewangan untuk mengembangkan produk yang benar-benar memenuhi keperluan mereka, dan itu semestinya memberi kesan positif pada kedua-dua tahap pelaburan dan pertumbuhan ekonomi. Individu akan dapat memilih simpanan atau pelaburan yang tepat untuk diri mereka sendiri, dan mengelakkan risiko penipuan, sekiranya mereka celik dari segi kewangan.


Penterjemah | Areez Jufri | 22 September 2020

Monest Sdn Bhd - 1355833-W

Level 11, Boutique Office 1 (B-01-C)

Menara 2 (Pillar 11), KL Eco City,

Pantai Baru, Jalan Bangsar,

59200 Kuala Lumpur,

Malaysia.

Operation Hours

Monday - Friday : 0900 - 1800

      enquiry@monest.biz

0322826288

     

Stay in the loop

Get Money Magazine Newsletters delivered to your inbox

About us

Get Money Magazine Newsletters delivered to your inbox

Follow Us
  • Facebook
  • LinkedIn
  • Instagram

Copyright ©2020 MONEST SDN BHD. All Rights Reserved

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now