Menyimpan Membawa Kerugian ?




Budaya menyimpan wang adalah sebahagian daripada budaya masyarakat di negara ini.

Ramai yang mempunyai kepercayaan bahawa menyimpan wang adalah cara terbaik untuk mengecapi taraf kebebasan kewangan. Pemikiran ini boleh jadi betul ataupun sebaliknya. Adalah penting untuk kita mencari kebenarannya terlebih dahulu.


Apabila kita menyimpan wang, jumlah wang yang disimpan di bank mungkin akan meningkat sekitar 1%-3% melalui kadar faedah yang ditetapkan. Namun begitu, dalam kita menggalakkan budaya menyimpan, perlu juga kita ketahui bahawa kewujudan inflasi menyebabkan wang simpanan kita berdepan dengan rosot nilai. Tanpa disedari, dengan nilai rosot yang signifikan pastinya jumlah wang yang kita simpan adalah dibawah jangkaan nilai yang kita inginkan.


Kita perlu bijak dalam meningkatkan jumlah simpanan kita. Hanya semata-mata mengharapkan simpanan di bank tidak akan memberikan keuntungan yang setimpal kepada penyimpan. Kita perlu ambil tahu tentang kewujudan lain-lain instrumen kewangan yang dapat menjana pendapatan, seiring denga jumlah modal yang kita miliki.


Antara segmen kewangan yang dilaburkan oleh seseoorang adalah menerusi pembelian aset seperti hartanah, emas atau mana-mana aset yang dipercayai dapat memberi pulangan modal atau keuntungan di kemudian hari. Namun begitu, dengan kadar inflasi yang meningkat pada kadar 1% setiap tahun, aset-aset ini juga berdepan dengan susut nilai yang signifikan. Sebagai contoh, pada tahun 1997 Malaysia berdepan dengan peningkatan inflasi sebanyak 10% berbanding tahun sebelumnya. Ini membuktikan bahawa perolehan aset juga tidak dapat menyelamatkan seseorang daripada berdepan dengan risiko aset milikan mereka menurun nilaiannya.


Disebabkan itulah, kami di Monest sentiasa menasihatkan masyarakat supaya menjadi Celik Kewangan dengan sedikit kefahaman tentang ekonomi dan kewangan. Ini bagi memastikan supaya masyarakat secara keseluruhan dapat mencapai matlamat kewangan mereka dengan jelas.


By Muzammil Khairi | August 6, 2020

6 views0 comments

Monest Sdn Bhd - 1355833-W

Level 11, Boutique Office 1 (B-01-C)

Menara 2 (Pillar 11), KL Eco City,

Pantai Baru, Jalan Bangsar,

59200 Kuala Lumpur,

Malaysia.

Operation Hours

Monday - Friday : 0900 - 1800

      enquiry@monest.biz

0322826288

     

Stay in the loop

Get Money Magazine Newsletters delivered to your inbox

About us

Get Money Magazine Newsletters delivered to your inbox

Follow Us
  • Facebook
  • LinkedIn
  • Instagram

Copyright ©2020 MONEST SDN BHD. All Rights Reserved

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now