Patutkah Kita Memulakan Pelaburan Di Waktu Pandemik Ini?



Pandemik Covid-19 ini telah merubah segala idea tahun 2020, Ianya terjadi secara tiba-tiba dan mengejut dan mengakibatkan ramai orang tidak bersedia untuknya. Segolongan orang mengatakan bahawa waktu pandemik ini adalah waktu yang sesuai untuk pelaburan, manakala ada juga yang mengatakan bahawa pelaburan adalah idea yang teruk.


“Jadilah tamak apabila orang sedang takut, dan jadi takut apabila orang sedang tamak” Kami semua pernah mendengar pepatah ini walaupun variasi yang berlainan. Tetapi adakah pepatah itu maksud akal di waktu pandemik Covid-19 ini? Ramai orang kehilangan kerja, institusi kewangan menghadapi masalah, bayaran kadar gadai janji tidak optimal dan ekonomi dunia pula mengalami masalah besar.


Dengan segalanya yang terjadi, kami pasti simpanan orang ramai berada di ambang susut nilai dan kadar pulangan yang rendah. Cara yang kami dapat tahu untuk menambahkan kewangan adalah dengan membuat pelaburan.


Untuk menjadi pelabur, seseorang itu mestilah berani dan berdisiplin. Pasaran telah menunjukkan tahun demi tahun bahawa peristiwa global begini ada kesan jangka-pendek, Tetapi di jangka-panjang, hanya individu yang penyabar sahaja akan menang. Cuba buka browser and cari “Sensex” atau “Dow” di bar carian. Anda akan nampak graf ringkas pasaran. Dan bila anda perhatikan “Dow Jones Index” sejak permulaannya pada 1896 ataupun “Sensex”, Anda dapat nampak sejarah pasaran dan sememangnya pasaran akan pulih. Hanya orang yang cuba untuk menjual beli di waktu turun dan naik harga pasaran yang akan kerugian. Ini adalah beberapa nasihat untuk individu yang takut untuk melabur di waktu kemelesetan, pandemik atau apa-apa masalah ekonomik yang menakutkan orang ramai.


Berdisiplin dengan SIP.


Dalam masa 3-6 bulan, anda harus perhatikan SIPs (Systematic Investment Plans). Jangan berhenti walau apapun. Ini dapat mengelakkan perangai buruk yang dinamakan sebagai Market Timing, di mana pelabur akan cuba untuk meramalkan pergerakan pasaran dan menjual beli mengikutnya, perkara ini yang mengakibatkan kita menyerah kepada ketakutan atau ketamakan. Ikuti sahaja jalan dan jangan membuat keputusan huru-hara. Jangan sesekali menyerah pada kata hati dan selalu ingat mengapa anda mula merancang semuanya di waktu awal.


Jadilah pintar dan agresif jika mempunyai wang.


Orang yang memiliki wang adalah antara orang yang bertuah. Jikalau anda ingin melakukan apa-apa tindakan yang menggunakan wang, cuba pikir cara untuk menambahkan wang anda seperti melabur kepada aset yang dijaga oleh pengurus wang yang terbukti. Tetapi, anda kena ada perancangan yang membolehkan anda mengeluarkan dalam masa 2-3 bulan akan datang jikalau anda agresif. Ini adalah tempoh dimana anda akan dapat peluang untuk seimbangkan pelaburan dan faedah dari rupee-cost averaging yang diketahui melalui SIPs.


Bina portfolio yang lengkap.


Seorang pelabur haruslah fokus pada empat elemen penting ini sebelum melabur. Pertama sekali, anda haruslah menyimpan wang kecemasan. Letakkan wang sebanyak 3-6 bulan yang boleh digunakan sebagai kos sara hidup. Anda boleh menyimpan wang ini di dalam bank ataupun dana cair. Apabila wang itu sudah disediakan, fikir lagi cara untuk melabur di jangka-pendek seperti perkahwinan atau membuat simpanan untuk pelajaran tinggi. Anda boleh membuat perkara ini dengan melabur dalam apa apa sahaja pelaburan jangka-pendek yang tidak merisikokan jumlah teras anda.


Anda boleh mengikuti cara ini untuk melabur kewangan yang boleh diramalkan dalam masa 3-5 tahun akan datang. Di sinilah mana ELSS (Equity Linked Savings Scheme), India dan Kewangan bersama antarabangsa terbabit. Anda boleh mengambil jalan risiko senang atau agresif berdasarkan keberanian peribadi. Tiada yang betul atau salah, kemudian adalah masa untuk gambaran besar – melabur untuk matlamat jangka-panjang seperti persaraan dalam masa tujuh tahun akan datang. Atau anda boleh pergi kepada portfolio saham tertumpu di sini – tetapi hanya dibawah bimbingan penasihat yang terbukti – dan bukannya terpatuh pada petua sahaja. Portfolio yang seimbang seperti ini akan menolong anda melalui perkara ini dengan mudah.


Cari penasihat dan aset berkualiti.


Dan nasihat terakhir dan paling penting ialah, dengan bekerja dengan orang yang hidupnya hanya untuk pelaburan sahaja. Anda perlu ada penasihat kewangan berkualiti yang memiliki rekod terbukti lebih dari 10 tahun, yang boleh menunjukkan anda kepada aset yang betul. Seperti dimana pakar gigi tak dibenarkan membuat pemedahan jantung, hanya pakar jantung sahaja yang dibenarkan. Sama juga dengan pelaburan anda, ia memerlukan pergabungan data dan pengalaman manusia yang berpengetahuan. Cuba berborak dengan jurulatih kekayaan yang memahami situasi kewangan anda, boleh mengkaji portfolio dan boleh bekerja dengan anda diwaktu susah dan senang, dan boleh mencadangkan penasihat dan aset yang berkualiti pada anda.


Penterjemah | Areez Jufri | 22 September 2020

Monest Sdn Bhd - 1355833-W

Level 11, Boutique Office 1 (B-01-C)

Menara 2 (Pillar 11), KL Eco City,

Pantai Baru, Jalan Bangsar,

59200 Kuala Lumpur,

Malaysia.

Operation Hours

Monday - Friday : 0900 - 1800

      enquiry@monest.biz

0322826288

     

Stay in the loop

Get Money Magazine Newsletters delivered to your inbox

About us

Get Money Magazine Newsletters delivered to your inbox

Follow Us
  • Facebook
  • LinkedIn
  • Instagram

Copyright ©2020 MONEST SDN BHD. All Rights Reserved

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now