Wang dan Kerajaan – Segala Yang Anda Patut Tahu Mengenai Bantuan Prihatin



Kami sedia untuk membantu.


Wabak Covid-19 ini telah membuat jutaan orang kehilangan pekerjaan, terpaksa membuat pengorbanan yang menyakitkan dan ramai ditempatkan di kalangan yang memerlukan pertolongan yang tidak pernah dijangka. Kami di Monest telah menyediakan panduan ini bagi menghubungkan anda atas segala informasi tentang bantuan kerajaan, servis percuma dan strategi kewangan untuk membantu anda melalui krisis ini.


Individu


  • Penjaga kesihatan seperti doktor, jururawat, juruteknik perubatan kecemasan dan yang lain. Akan menerima elaun tambahan sebanyak RM 600 pada gaji mereka sekarang, Sementara pekerja barisan hadapan seperti polis, tentera dan lain akan mendapat elaun tambahan sebanyak RM 200. Tambahan elaun ini akan dimasukkan dalam akaun peribadi mereka oleh majikan masing-masing.

10 Bilion ringgit telah disediakan oleh kerajaan untuk keluarga B40 dan M40

Kelayakan Tertera di Bawah :

  • Keluarga yang berpendapatan kurang dari RM 4000 akan mendapat RM 1600

  • Keluarga yang berpendapatan kurang dari RM 8000 akan mendapat RM 1000

  • Rakyat yang tidak berkahwin, berumur lebih dari 21 dan berpendapatan kurang dari RM 2000 akan mendapat RM 800

  • Rakyat yang tidak berkahwin, berumur lebih dari 21 dan berpendapatan antara RM 2000 – RM 4000 akan mendapat RM 500

  • Pelajar sekolah dan institusi tinggi akan mendapat RM 200

  • Sesiapa yang layak boleh memohon melalui laman web dan ia akan memeriksa kelayakan pemohon berdasarkan pangkalan data mereka. https://bpn.hasil.gov.my/ dan jangan lupa untuk menantikan BPN 2.0

  • Rakyat juga akan menerima antara 15% hingga 50% diskaun pada bil elektrik mereka.

  • Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) akan mendapat pengecualian daripada sewa selama 6 bulan.

  • Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga RM 1500 tidak akan dikenakan penalti.

https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals

  • Subsidi gaji kepada individu yang berpendapatan kurang dari RM 4000 selama 3 bulan.

Soalan Lazim atas kelayakkan - https://dnh.com.my/faq-on-the-wage-subsidy-programme/

  • Bayaran RM 500 buat pemandu pekerjaan penuh E-hailing yang berpendapatan kurang dari RM 1200. Ini boleh di mohon pada platform masing-masing.

  • Bayaran RM 500 buat penjawat awam bertugas aktif.

  • Bayaran RM 250 buat pesara kerajaan.

  • Pemilik syarikat kecil-kecilan yang beroperasi di mana-mana bangunan kerajaan akan mendapat pengecualian sewa.

  • RM 25 juta disediakan untuk orang asli dan orang kurang upaya untuk makanan, perumahan dan lain-lain.

  • Pesakit Covid-19 akan mendapat RM 50 selama 14 hari sementara mendapat rawatan.

  • Katering, pembersih akan mendapat kontrak mereka dan gaji dibayar oleh Kerajaan.

  • RM 1 bilion disediakan untuk dana keselamatan makanan yang diberikan kepada petani dan pengeluar makanan.

  • Pembayaran PTPTN ditangguhkan hingga 30 September 2020


Syarikat


  • Kerajaan memperuntukkan lebih dari RM 1 bilion kepada Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan lebih banyak peralatan yang diperlukan untuk memerangi Covid-19, mengambil kakitangan swasta seperti jururawat dan doktor.

  • RM 800 juta juga diperuntukkan untuk hospital swasta dan makmal. Membantu memerangi virus.

  • Kerajaan juga memperuntukkan RM 400 juta kepada syarikat-syarikat Telco untuk meningkatkan jalur lebar mereka untuk membantu warga yang terjebak di rumah.

Kerajaan juga menawarkan bantuan kepada perusahaan kecil dan menengah.


Sebilangan bantuan adalah seperti di bawah:


Selain bantuan kewangan, kerajaan Malaysia kami juga telah menubuhkan dan bergabung dengan banyak NGO dalam hal kesejahteraan warganegara kita. Beberapa saluran telah disediakan untuk warga untuk meminta bantuan. Organisasi pencegahan bunuh diri sentiasa ada untuk pertolongan.

Kami tahu bahawa tidak mudah bagi banyak orang di luar sana dan kami berharap pada masa-masa sukar seperti ini, kami akan menunjukkan nilai-nilai Malaysia dan terus saling membantu tidak kira apa jua kelas, bangsa atau kepercayaan sesama rakyat Malaysia.


Penterjemah | Areez Jufri | 8 October 2020

Recent Posts

See All

Monest Sdn Bhd - 1355833-W

Level 11, Boutique Office 1 (B-01-C)

Menara 2 (Pillar 11), KL Eco City,

Pantai Baru, Jalan Bangsar,

59200 Kuala Lumpur,

Malaysia.

Operation Hours

Monday - Friday : 0900 - 1800

      enquiry@monest.biz

0322826288

     

Stay in the loop

Get Money Magazine Newsletters delivered to your inbox

About us

Get Money Magazine Newsletters delivered to your inbox

Follow Us
  • Facebook
  • LinkedIn
  • Instagram

Copyright ©2020 MONEST SDN BHD. All Rights Reserved

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now